Kenapa Berjuta Mati Akibat Penyakit Jantung
Penjagaan jantung sudah bertambah baik tetapi penyakit jantung semakin mengancam nyawa di seluruh dunia. Mengikut anggaran WHO, setiap tahun kira-kira 17 juta orang meninggal dunia akibat penyakit jantung, khususnya akibat serangan jantung dan strok. kenapakah ramai yang mati akibat penyakit ini?
KURANGNYA kesedaran mengenai penyakit jantung.
Di Romania, di mana penyakit kardiovaskular terutama sakit jantung dan strik kini menjadi penyebab utama kematian, golongan perubatan menegaskan ia disebabkan penduduk kurang mengetahui langkah-langkah mencegah penyakit. Dr Irinel Popescu, Ketua Pusat Pembedahan dan Pemindahan Hati, Hospital Fundeni, Bucharest, berkata wabak penyakit kardiovaskular di Romania sebahagian besarnya disebabkan penduduk kurang menyedari kepentingan diet, senaman dan berhenti merokok. Beliau menyalahkan kekurangan usaha mencegah penyakit kardiovaskular di seluruh negara yang menurut beliau hanya terbatas kepada beberapa kempen media.
SISTEM penjagaan kesihatan modern tertumpu kepada rawatan, bukan pencegah.
Menurut Profesor Dan Gaita, persident Yayasan Jantung Romania, kekurangan kempen pencegahan cuma salah satu masalah yang ada . Beliau turut menyalahkan tradisi penjagaan kesihatan yang terlalu menekankan kepada rawatan.
“Sebagai Doktor, Kita diajar untuk merawat penyakit, bukan mencegahnya”
kata beliau sambil menambah,
“Itulah yang kami belajar dan selama 20 tahun itulah yang kami amalkan!”
pendekatan sebegini melepaskan peluang untuk mengurangkan risiko.
Di Amerika, di mana kira-kira 75% dari perbelanjaan ke atas penjagaan kesihatan diperuntukkan kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh dicegah, adalah disyorkan doktor diberi galakan mengenai perkara asas mencegah penyakit dan bukan sekadar merawatnya.
Melalui satu temubual bersama The New York Times(21 Mei 2012), Dana Goldman, pengarah Pusat Dasar kesihatan dan Ekonomi Schaeffer, Universiti California Selatan dan Editor Forum bagi Ekonomi dan Dasar Kesihatan, mendedahkan:
“Saya sedang berbual dengan seorang doktor dan beliau berkata, “saya berdepan dengan seorang yang obes dan mempunya pelbagai masalah kesihatan – paras kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi, dieabetes. Cara yang paling baik yang boleh saya lakukan ialah membawanya berjalan-jalan. Tetapi saya tidak diberi galakan mengenai perkara itu”
Lebih menguntungkan untuk melabur dalam langkah pencegahan. mencegah penyakit dan keadaan yang menyumbang kepadanya, walaupun agak mahal, amat bermanfaat kepada masyarakat, kata Goldman. Menurut beliau penjagaan kesihatan patut di gelar ‘jagaan penyakit.’ kita menyangka penjagaan kesihatan menelan belanja, tetapi kita sepatutnya berfikir penjagaan kesihatan sebagai satu bentuk perlaburan. Beliau menyebut tentang obesiti, merokok dan pencegahan diabetes merupakan beberapa perkara yang membawa manfaat dalam jangka panjang.
PERCAYA doktor boleh sembuhkan penyakit.
“kita diajar berjumpa doktor apabila sakit dan mematuhi nasihatnya. Tidak mendengar nasihat doktor bukanlah sesuatu yang baik”
tulis Olivia Love Worthy dalam How Modern Medicine is Making People Sick (encognitive.com).
“Kebanyakkan orang benar-benar percaya doktor mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah belajar bagaimana untuk “menyembuhkan mereka, jadi mereka menyerahkan segala-segalanya kepada doktor tanpa banyak soal. Mereka menerima apa sahaja perkara yang diberitahu oleh doktor dan percaya mereka tidak mempunyai pilihan lain. Ramai yang tidak pernah terfikir bahawa protokol perubatan adalah berasaskan apa yang paling menguntungkan, dan doktor mungkin tertarik ke arah menjalankan prosedur yang tidak perlu”.
Apa yang perlu dilakukan. Dengan penyakit jantung menjadi pembunuh utama masa kini. anda tidak sepatutnya bertanya bagaimana hendak merawatnya, tetapi bagaimana untuk mencegah dan membalikkan penyakit jantung serta menjauhkan punca-puncanya. Matlamat anda sepatutnya menjauhkan pembedahan stent, pembedahan pintasan dan serangan jantung.